Ping Pong antara Jabatan HRPZ2 2024
Pertandingan Ping Pong Peringkat HRPZ2
Sukan Antara Jabatan HRPZII kembali untuk tahun 2024 ini.
Dimulai dengan kejohanan Ping Pong yang berlangsung pada 24hb Ogos 2024 di Perkarangan Lobi ACC melibatkan 9 Jabatan.
Mengambil semangat Bulan Kemerdekaan, Jabatan ANESTESIOLOGI menghantar pasukan terkuat yang mana terdiri daripada gabungan Pakar dan Pegawai Perubatan. Mereka ini telah menjalani latihan intensif di beberapa lokasi terkemuka. Tiba hari kejohanan, percaturan dibuat dan perlawanan sengit berlangsung. Jabatan ANESTESIOLOGI telah berjaya menduduki tempat ketiga di peringkat kumpulan dengan memenangi satu perlawanan. Hampir mengejutkan pasukan finale tahun lepas. Cuba lagi tahun depan.. dengan sokongan dan dorongan semua pihak, In shaa Allah Jabatan ANESTESIOLOGI akan menjulang kejuaraan Ping Pong tahun depan.
Aamiin