Sejarah Penubuhan Kelab Bius KB

Kelab Bius KB diluluskan pendaftaran pertubuhan 7 Mei 2014 berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dengan nombor pendaftarannya PPM-005-03-07052014.

Sejarah penubuhan kelab bermula dari penubuhan Persatuan Basic Life Support Kelantan pada tahun 2002 untuk menyelaras aktiviti latihan resussitasi seperti BLS & ALS di Kelantan.Walaubagaimana pun Persatuan tersebut terpaksa dibubarkan pada 2013 kerana tidak aktif disebabkan pertukaran beberapa ajk penting dalam persatuan ke negera lain.

Rentetatan dari itu dengan inisiatif berapa Pakar , Paramedic dan juga Pegawai Perubatan Di Jabatan Anesthesiologi & Unit Rawatan Rapi , HRPZ telah mengadakan mesyuarat pemula Kelab yang dianggotai 8 orang AJK dan telah mendaftarkan Kelab Bius KB pada 7Mei 2014.

AGM pertama telah diadakan pada 9 Mei 2015 , jumlah keahlian pada waktu itu hanyalah 70 orang dan mempunyai dana sebanyak RM 24,595.

Sekarang jumlah ahli telah berkembang sebanyak 260 ahli seumur hidup dan 6 ahli biasa dan berjaya mengadakan pelbagai aktiviti seperti ALS , World Anesthesia Day , ECAICC , KICNC . Dana yang di kumpulkan Kelab dapat di manfaatkan oleh ahli seperti sumbangan pencen & akhirat kematian & sumbagan untuk pesakit dalam . Kelab juga telah memberi sumbangan kepada yang daif terutama di ICU.

MATLAMAT PERTUBUHAN

(1) Menanam semangat daya usaha, pemikiran sihat dan kerjasama dalam memperjuangkan aspirasi Kelab.

(2) Mengadakan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat kesedaran dan kemajuan di dalam bidang yang memberi faedah kepada Kelab dan ahli-ahlinya.

(3) Bekerjasama / bergabung dengan pertubuhan lain yang berdaftar dan mempunyai wawasan yang sama dengan Kelab di dalam menjalani aktiviti di peringkat jabatan, hospital ,negeri dan nasional.

(4) Menganjur seminar,kursus,bengkel dan sebagainya yang berbentuk memberi ilmu kepada kakitangan Jabatan Anaesthesiologi , HRPZ2 dan masyarakat di Negeri Kelantan secara khusus dan kepada negara secara amnya.

(5) Menyediakan apa-apa kemudahan kepada ahli yang berbentuk latihan,seminar dan kemudahan peralatan dan tempat riadah untuk kesihatan ahli mengikut kemampuan semasa kelab.

(6) Memberi sokongan /bantuan dalam bentuk yang bersesuaian kepada ahli-ahli Kelab yang mengalami malapetaka, kematian atau sakit tenat.